Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin, menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di Birmingham, pada Khamis.<br /><br />Kejayaan jaguh dunia itu dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg), sekali gus menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.